Monday, June 09, 2008

Balasungkawa buat Ibu Tercinta


Khamis 5 Jun 2008 , jam 10.00 pagi ibu yang ku kasihi Beriah Bt Ishak (Robeah -Ibu) telah kembali ke Rahmatullah semasa dirawat semalamam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Tiga hari sebelum ibu 'pergi' beliau kelihatan sihat , sudah boleh makan hirisan epal , nasi lemak dan bersembang dengan jiran ,saudara dan kenalan yang menziarah .Disini aku sisipkan sekeping potret terakhir ibu yang ku rakamkan 3 hari sebelum ia pergi. Terlalu besar jasa bakti dan pengorbanan mu dalam membesarkan kami anak-anak mu. Semoga Allah mencucuri roh mu dan ditempatkan bersama orang yang beramal soleh. Amin. Alfatihah.......

No comments: