



Antara menu yang disediakan oleh Kak Gayah, Chef PTK Langkawi, itu yang istemewanya.

Majlis perpisahan di PTK Langkawi 7/4/08

Pemandangan dari Menara Telekom Alor Setar
8 April 2008 , majlis diadakan di Restoran Berputar Menara Telekom Alor Setar. Bila naik sahaja kepala pun rasa sedikit berputar. Untuk tuan pengarah , sekalung tahniah diatas kenaikan pangkat ke gred 52 dan pertukaran balik ke negeri tanah kelahiran, Perak Darul Ridzuan semoga majujaya dalam tugas dan dimurahklan rezeki kami doakan.Tidak lupa juga sekalung tahniah buat rakan-rakan dalam JTK Kedah yang telah dianugerahkan perkhidmatan cemerlang,gemilang,terbilang 2007 .Bagi kami yang datang dari Langkawi terpaksa mengundur diri jam 6.00 ptg. kerana telah menempah perjalanan feri terakhir jam 7.00 petang. Terima kasih buat Abg Man , kerana sudi mengambil dan menghantar kami ke jeti Kuala Kedah.
No comments:
Post a Comment