Hari ini lawatan kerja aku di Berjaya Resort & Spa, walaupun dah hampir 3 tahun aku disini, hari ini merupakan pertama 'lawatan penuh' yang aku buat bersama-sama rakan sekerja.Mulai jam 11.15 pagi hingga hampir 3.00 petang. Kami ditemani oleh Mr Guven, HR Manager dan Mr Devan, Asst HR Manager ke segenap pelusuk resort serta taklimat lengkap .
Thursday, April 24, 2008
INTAN JALAN ILMU ,KL 13-17 APRIL 08
Thursday, April 10, 2008
Majlis Farewell




Antara menu yang disediakan oleh Kak Gayah, Chef PTK Langkawi, itu yang istemewanya.

Majlis perpisahan di PTK Langkawi 7/4/08

Pemandangan dari Menara Telekom Alor Setar
8 April 2008 , majlis diadakan di Restoran Berputar Menara Telekom Alor Setar. Bila naik sahaja kepala pun rasa sedikit berputar. Untuk tuan pengarah , sekalung tahniah diatas kenaikan pangkat ke gred 52 dan pertukaran balik ke negeri tanah kelahiran, Perak Darul Ridzuan semoga majujaya dalam tugas dan dimurahklan rezeki kami doakan.Tidak lupa juga sekalung tahniah buat rakan-rakan dalam JTK Kedah yang telah dianugerahkan perkhidmatan cemerlang,gemilang,terbilang 2007 .Bagi kami yang datang dari Langkawi terpaksa mengundur diri jam 6.00 ptg. kerana telah menempah perjalanan feri terakhir jam 7.00 petang. Terima kasih buat Abg Man , kerana sudi mengambil dan menghantar kami ke jeti Kuala Kedah.
Saturday, April 05, 2008
Water Festival 2008, Cenang Beach,Langkawi, 3-5 April 08
Ini merupakan 'event' selepas PRU 2008 . Pada mulanya dikabarkan Dato' Azalina akan merasmikan Water Festival kali ini, kerana bahang PRU belum habis agak nya, YB Menteri Besar tidak datang, Dato Azalina tak datang, jadi acara dirasmikan oleh , KSU Kementerian Pelancungan dan YB Dato' Bakar (Ahli Parlimen Langkawi). Walaubagaimana pun majlis tetap meriah dengan perarakan sepanjang jalan Pantai Cenang dan acara-acara yang diadakan tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)