Seawal 8 malam sudah tersebar berita Kerajaan BN telah ditawan oleh BA Kedah. Rakyat Kedah sudah mula berkumpul di hadapam Wisma Darulaman. Polis dan FRU sudah sedia mengawasi keadaan. Malam itu petugas FRU dan Polis mengarah Rakyat Kedahbersurai dengan baik ,mesra dan hormat serta diiringi tepuk sorak yang hadir.
Malam ke Pekan Rabu membeli baju uniform TKRS Afiq dan St. John Anis .Hanya 1 kedai sahaja yang masih buka.Nampak nya aku kena harga parah nii....
Setelah lama aku tidak update blog ni, tergerak nak masukan catatan pilihanraya ke 12 negara pada 8 Mac 2008 lalu. Rasa nya perlu aku masukan disini kerana inlah merupakan pilihanraya paling bersejarah selama tempoh 50 tahun kemerdekaan negara.Kami bertolak sehari sebelum pilihanraya dan kebetulan rumah aku do Alor Setar kosong (penyewa baru keluar) jadi aku ambil kesempatan untuk menginap di situ. Anak-anak seronok nak bermalam di Alor Setar setelah sekian lama (hampir 3 tahun) kami berhijrah ke Langkawi.Suasana politik di Bandaraya Alor Setar lebih hangat dengan perang poster, tidak seperti di langkawi tidak seberapa perang nya.
No comments:
Post a Comment