Saturday, November 24, 2007

Hari Ke-8 IJN


Semasa lawatan doktor jam 8.30 pagi , menyatakan keadaan memuaskan dan 'recovery' yang baik. Doktor telah menarik keluar tali halus yang terjuntai yang menguhubungkan jantung Along dari luar (berfungsi untuk kecemasan selepas pembedahan), jelas doktor kemungkinan Isnin boleh 'discharge'. Semua sambungan di badan ditanggalkan termasuk penutup bekas pembedahan di dada. Along juga menjalani sesi fisioterapi yang lebih berat hari ini dengan mengayuh basikal.

No comments: