Hari ini menu pilihan tengahari Along ialah Pasta...makan malam pula Ayam Tandori, setiap hari Pegawai Pemakanan akan memberi borang untuk ditanda pilihan menu sarapan, lunch,tea time dan dinner untuk hari esok nya. Aku pula janji bersama wife nak makan tengahari di luar bersama, mereka ambil di hadapan IJN. Jalan masuk ke KL banyak d tutup dan sekatan polis angkara perhimpunan KUMPULAN HINDRAF . Cadangan awal nak makan/picnic di sekitar Taman KLCC tidak jadi, alih-alih ke Taman Titiwangsa kami beramai berkelah makan di sana pada jam hampir 3.00 ptg.
Sunday, November 25, 2007
Saturday, November 24, 2007
Hari Ke-8 IJN
Semasa lawatan doktor jam 8.30 pagi , menyatakan keadaan memuaskan dan 'recovery' yang baik. Doktor telah menarik keluar tali halus yang terjuntai yang menguhubungkan jantung Along dari luar (berfungsi untuk kecemasan selepas pembedahan), jelas doktor kemungkinan Isnin boleh 'discharge'. Semua sambungan di badan ditanggalkan termasuk penutup bekas pembedahan di dada. Along juga menjalani sesi fisioterapi yang lebih berat hari ini dengan mengayuh basikal.
Jumaat 23 NOv 2007
Friday, November 23, 2007
View from the window & wallpaper
Hari Ke-7 IJN, Wad Kenanga 10B
Hari ini merupakan hari kedua selepas 'operation'.Along dipindahkan ke wad Kenanga 10B (Berdua) jam 3.00 ptg semalam. Sekarang Along sudah boleh bangun sendiri, jalan-jalan dalam bilik. Jururawat meninggalkan lampiran kertas untuk aku catit dan ukur setiap kali minum dan buang air kecil (macam nurse plak) . Jam 7.30 Dr Kadri yang mengetuai pembedahan melawat dan menyatakan perkembangan yang +ve. Pegawai Fisioterapi juga datang melawat dan membuat sedikit sesi terapi pernafasan.
Thursday, November 22, 2007
Wad ICU 'Day 2' IJN
Hari Ke-6 IJN

Hari ini merupakan hari ke 4 aku berkampung di IJN, Along masih di ICU sejak keluar dewan bedah semalam, dimaklumkan munkin tengahari atau petang nanti dipindahkan ke wad. Keadaan nya stabil.Sementara itu aku melawat ruang pamiran sempena 'IJN International Heart Failure Symposium' yang bermula semalam. Sempat juga menjengah Pusat Sumber Maklumat IJN sambil surfing dan update blog serta menyapa rakan dan taulan di messenger.
Wednesday, November 21, 2007
Selepas Pembedahan 5.00 pm 21 Nov 2007
Jam 5.00 petang Jururawat bertugas mengumumkan masa untuk melawat Along selepas pembedahan yang berjalan lebih kurang hampir 3 jam di bilik ICU, hanya aku dan wife sahaja dibenarkan. Alhamdulillah pembedahan berjalan baik, Doktor Kadri yang membuat pembedahan memberi penerangan ringkas mengenai situasi semasa dan semua nya ok.Masa ini Along masih belum sedar. Jam 6.00 petang semasa sesi lawatan kedua bersama Izad dan wife Along sudah sedar dan memahami apa yang dicakap sambil mengangguk perlahan dan cuba membuka mata.
Hari Ke- 5 IJN
Tuesday, November 20, 2007
Hari Ke-3 IJN dan Presint 9 Putrajaya
Sunday, November 18, 2007
Institut Jantung Negara 17 Nov 07
Hari pertama di Institut Jantung Negara (IJN). Along daftar masuk jam 11.31 pagi untuk menjalani pembedahan jantung (VSD) . Keadaan wad selesa dengan katil dua sebilik. Dipanjatkan doa kepada Nya semoga segalanya selamat.
Monday, November 05, 2007
Keunikan Kelantan
Sunday, November 04, 2007
Lawatan Bersama AADK Langkawi-Yan


Oktober 31 hingga 3 November 2007 bersama AADK,JKPD Langkawi-Yan ,NGO,Pemadam dan Rela menyertai lawatan sambil belajar di AADK Kota Bharu, Pusat Serenti(Wanita) Bachok sudah cukup memberi pendedahan mengenai peranan AADK dalam menangani pengaruh dadah dalam negara. Hati hiba melihat anak-anak gadis belasan tahun kecundang dengan dadah dirawat di pusat Serenti wanita Bachok.
Rombongan kami dihiburkan oleh adik-adik pelatih dengan Dikir Barat
Subscribe to:
Posts (Atom)