Sunday, December 09, 2007

LIMA 2007 ,Jumaat 7 Disember







Afiq & Hazim di Pamiran Maritim Awana Porto Malai

Pertunjukan Red Arrow yang melintasi ruang udara Pantai Cenang.






Makan tengahari di Pantai Cenang

Pesawat Sukhoi, TUDM


Dari pasukan India


Hari seawal jam 9.30 pagi kami sekeluarga sudah menuju ke Lapangan Terbang Langkawi bagi menyaksikan pertunjukan udara Lima,apabila sampai ramai sekali penonton yang sudah memenuhi ruang berhampiran airport.

Selesai pertunjukan udara, kami ke Pantai Cenang ,anak-anak bermain dan mandi di pantai sementara menunggu petang untuk ke Awana Porto Malai bagi menyaksikan pertunjukan Maritim pula.

Thursday, December 06, 2007

LIMA 2007 (The Langkawi International Maritime and Aerospace)


Dr.Sheikh Muzaffar













Sambutan Lima tahun ini dimeriahkan dengan pertunjukan 'Red Arrow' dan Sukhoi TUDM yang bunyi nya menggegarkan kami yang dibawah semasa hari pertama pelancaran Lima 2007 pada 4 Disember 07.

Hari Ke-10 IJN



Menu 'lunch' terakhir

Semasa sesi lawatan pagi, doktor menyatakan hari ini 26/11/07 Along boleh discharge,setelah 'lunch' dan settle bil, ubat dan buat 'echo' sekali lagi, lebihkurang jam 3.00 meninggalkan IJN .

Sunday, November 25, 2007

Hari ke-9 IJN





Hari ini menu pilihan tengahari Along ialah Pasta...makan malam pula Ayam Tandori, setiap hari Pegawai Pemakanan akan memberi borang untuk ditanda pilihan menu sarapan, lunch,tea time dan dinner untuk hari esok nya. Aku pula janji bersama wife nak makan tengahari di luar bersama, mereka ambil di hadapan IJN. Jalan masuk ke KL banyak d tutup dan sekatan polis angkara perhimpunan KUMPULAN HINDRAF . Cadangan awal nak makan/picnic di sekitar Taman KLCC tidak jadi, alih-alih ke Taman Titiwangsa kami beramai berkelah makan di sana pada jam hampir 3.00 ptg.

Saturday, November 24, 2007

Hari Ke-8 IJN


Semasa lawatan doktor jam 8.30 pagi , menyatakan keadaan memuaskan dan 'recovery' yang baik. Doktor telah menarik keluar tali halus yang terjuntai yang menguhubungkan jantung Along dari luar (berfungsi untuk kecemasan selepas pembedahan), jelas doktor kemungkinan Isnin boleh 'discharge'. Semua sambungan di badan ditanggalkan termasuk penutup bekas pembedahan di dada. Along juga menjalani sesi fisioterapi yang lebih berat hari ini dengan mengayuh basikal.

Jumaat 23 NOv 2007



Jam 4.30 ptg, Along dikunjungi oleh Abang Mat & Kak Ha dan keluarga dari Kajang (Kak Yong,Ikah,Kak Cik,gelagat Kimi dan Udin menceriakan...Terima kasih atas nasi dan lauk yang istimewa...

Friday, November 23, 2007

View from the window & wallpaper

While in the ICU waiting-room i has snap it with my camera phone. Anyone interested to make wallpaper, please go ahead.



This picture taken using my camera phone K800i.

Hari Ke-7 IJN, Wad Kenanga 10B

Jumaat 23 Nov,2007


Khamis 22 Nov 07



Hari ini merupakan hari kedua selepas 'operation'.Along dipindahkan ke wad Kenanga 10B (Berdua) jam 3.00 ptg semalam. Sekarang Along sudah boleh bangun sendiri, jalan-jalan dalam bilik. Jururawat meninggalkan lampiran kertas untuk aku catit dan ukur setiap kali minum dan buang air kecil (macam nurse plak) . Jam 7.30 Dr Kadri yang mengetuai pembedahan melawat dan menyatakan perkembangan yang +ve. Pegawai Fisioterapi juga datang melawat dan membuat sedikit sesi terapi pernafasan.

Thursday, November 22, 2007

Wad ICU 'Day 2' IJN


Masa melawat jam 12.30 tadi Along dah boleh berbual, Nurse memberi tahu semua 'ok'.Terima kasih dan penghargaan terhadap semua petugas IJN dan jururawat yang ramah mesra.

Hari Ke-6 IJN





Hari ini merupakan hari ke 4 aku berkampung di IJN, Along masih di ICU sejak keluar dewan bedah semalam, dimaklumkan munkin tengahari atau petang nanti dipindahkan ke wad. Keadaan nya stabil.Sementara itu aku melawat ruang pamiran sempena 'IJN International Heart Failure Symposium' yang bermula semalam. Sempat juga menjengah Pusat Sumber Maklumat IJN sambil surfing dan update blog serta menyapa rakan dan taulan di messenger.