Saturday, January 03, 2009

Back To School




Hari ini seawal 6.45 pagi aku,isteri dan Anis telah bertolak ke jeti Kuah untuk ke Kuala Perlis. Kereta Kancil telah aku tempah sejak semalam ,sewa nya cuma RM25 sehari. Hari ini pendafataran semula masuk asrama dan sekolah.Anis ke SM Asma,Aina ke SM Mahsuri. Sampai di Kuala Perlis jam 10.00 pagi dan terus ambil kereta untuk balik ke Padang Sera ,mengambil barang persekolahan Anis yang ditinggalkan sejak awal cuti akhir tahun lalu dan sampai di SM Asma Alor Setar hampir jam 11 pagi.Ramai pelajar baru mendaftar masuk asrama di samping pelajar senior.Kali hanya yuran makan asrama untuk 1 bulan sahaja yang kena bayar sebanyak RM28.00. Yuran lain tidak perlu bayar dulu. Perjalanan balik ke Kuala Perlis,sempat singgah ziarah Kak Gayah di KMC Alor Setar. Sampai di Kuala Pelris jam 2.30 ptg, sempat menjamu selera Laksa Kaksu dan bertolak balik ke Langkawi dengan menaiki feri jam 3.15 ptg,jam 5 ptg sampai rumah.