Friday, August 31, 2007

Sambutan Kemerdekaan ke-50, Langkawi 2007





Merdeka,Merdeka, Merdeka.....hasrat nak rakam gambar bunga api tak kesampaian kerana bunga api tahun ini tidak banyak dilepaskan disamping wujudnya kepulan asap tebal di stadium Langkawi menghalang lensa kamera.

Pasrah kepada Nya






Setelah segala usaha, hanya berserah kepada Nya, doa dan harapan semoga kecemerlangan dicapai jua ,UPSR & PMR 2007 Aina & Aiman.Terima kasih buat para guru Sk Sg. Menghulu dan SM Kelibang, Langkawi.

Friday, August 24, 2007

Tune Hotels,KL




Pengalaman pertama tidur hotel milik Air Asia nihh,,aku booking online, harga ok juga lah di bawah RM80 untuk 'double bed' .Musim cuti sekolah ni kebanyakan hotel fully book dan mengenakan kadar yang lebih dari kadar biasa. Padanlah dinamakan budget hotel, no towel, no soap, no syampoo, no aircond,unless bayar untuk 5 jam RM5 lebih,kalau nak lebih bayar lebih. Cukup masa air cond off dengan sendiri nya. Tetapi kipas disediakan. Ok jugak lah sebab suhu bilik tidak panas sangat. Konsep bilik amat simple tetapi selesa.

NIOSH,Bangi 18-19 Ogos 07


Mr. Bernard John Kanny

Mr. Pretam Singh

Dah lama juga tidak hadir kursus nih, entah macamana beberapa hari lalu En. Hatta email saya 'offer' kursus 'Law of Evidence' ,aku terima jerr lahhhh.Penceramah handal-handal belaka,antara nya bekas DPP,Legal Advisor and Council Members of Majlis Peguam Malaysia. Memang lah kursus mengenai law ni agak 'dull' kekadang 'enjoy' juga mendengar kes-kes contoh yang menarik yang tidak dapat didengar diluar sana disampaikan oleh penceramah.

Ahmad Hazimi Hazim become 6 yrs old.



13 ogos lalu genap usia Ahmad Hazimi Hazim yang ke 6 tahun, kali ini dia minta sambut di KFC . Memang kanak-kanak sukakan ayam kfc, bagi orang macam 'kiter' ini dah tak berapa kisah lagi dengan KFC.

Saturday, August 11, 2007

weekend....




Hari minggu bagini jika tiada apa aktivit biasa nya aku basuh kereta lah....Hazim beria-ia mengajak pergi memancing.

Thursday, August 09, 2007

Sejenak Di Datai Resort







My K800i Micro Mode Pix




Langkawi Geopark




Geopark Langkawi telah diiktiraf pada Jun 2007 lalu. Batu berusia ratusan juta tahun dan fosil jadi bukti.

Wednesday, August 08, 2007

Permintaan Afiq & Hazim






Afiq & Hazim bagitu teruja nak ke MB............

Tuesday, August 07, 2007

Pertunangan Mimi






Tidak lewat rasa nya mengucapkan selamat bertunang pada Mimi dan Kimi yang berlansung pada 20 Julai 2007 lalu.

'Info Terkini' ,bukan ozon layer laaa

Info terkini aku perolehi pagi ini bahawa fenomena semalam bukan " Ozon Layer" /kebocoran langit, tetapi fenomena yang dikenali sebagai "Halo" yang merupakan kejadian kristal-kristal ais yang banyak di langit keparasan awan tinggi yang menyebabkan pancaran cahaya matahari melepasi nya dan menghasilkan bulatan rainbow kecil. Sekurang-kurang nya info ini sedikit melegakan...dan tidak ramai antara kita yang sedar kesan Ozon (O3 ) ini dan akibat penggunaan berleluasa CFC (Cloro Floro Carbon) dalam industri wangian,ubatan dan lain-lain.

Monday, August 06, 2007

"Ozon Layer" -atmospera sudah nipis dan bocor?


Fenomena yang jarang berlaku, sedikit memberi kejutan. Apakah ini yang dinamakan kesan dari atmospera yang semakin nipis kerana langit kekurangan gas ozon (O3) bagi menapis sinara ultra violet matahari yang menyebabkan langit semakin nipis dan wujud 'ozon layer' .Sempat dirakamkan selepas mesyuarat di Kangar kira2 jam 2.00 ptg. 6 Ogos 2007.