Sunday, July 19, 2009

Disneyland Tokyo 27 Jun 2009





















Kami terpaksa untuk bermalam di Malaysia Student House buat dua malam untuk meneruskan perjalanan ke Disneyland kerana ini tidak termasuk dalam program JICA. Jadi nya kena bayar sendiri , tiket masuk Yen5800(RM214). Terima kasih buat ED (Redha) Kedutaan dan Adi (Msia,Student House) yang membantu dan menumpang tidur 2 malam extend semasa di Student House Tokyo.

Mitsui Tokyo &Jom Makan Tokyo 25 Jun 09

'Batu Keras' Tokyo , Roponggi



Nasi Goreng Kampung Y950(RM35) dan teh tarik Y550 (RM20) ,ini yang aku makan....




Hari ini kami melawat Mitsui Corp. Tokyo, syarikat ini agak 'familiar' di Malaysia. Petang dalam perjalan balik ,di subway kami singgah makan di restoran Jom Makan, restoran ala masakan Malaysia. Semua petugas adalah warga Jepun.

'Courtsey Visit' Ke Kedutaan Malaysia 24 Jun 2009



Kalau di Osaka terkenal dengan DenDen, di Tokyo pula ialah Akihabara ,tempat jualan barangan elektronik terbesar.




(Aku,Wan,Ed (Peg. Kedutaan) dan Nik

Taklimat oleh Pegawai kedutaan

Lawatan ke kedutaan Malaysia amat bermakna, kami di hidangkan dengan Kari Ikan yang sedap serta nasi ala Malaysia oleh kakitangan kedutaan. Sempat juga tour tingkat atas kedutaan, kunjungan hormat Pegawai-pegawai kedutaan. Kapten TLDM dan Pegawai Bhg. Pertanian Malaysia

Bertolak ke Jica Tokyo 23 Jun 2009

Tokyo Tower


Sepanjang perjalanan di dalam Shinkansen







Bertolak dengan menaiki train ke Osaka Shin dan menukar menaiki Shinkansen (Bullet Train) tambang nya 13850 Yen (RM512.00) untuk pergi dan balik ke Tokyo. Sepanjang berada di sini sempat kami merancang perjalananan ke Disneyland Tokyo pada 27 Jun 09.

Day Trip Kyoto-Osaka 21 Jun 2009










Menara WTC Osaka


Osaka Castle

Pemandu Pelancung yg dah berumur 63 tahun

Hari ini kami sepakat booking lawatan sehari ke Osaka dan Kyoto , dengan bayaran seorang 1000 yen (RM37) , kami menaiki bas dari Osic Osaka.