Friday, June 26, 2009

PREX Program Orientation 15 Jun 2009




Lunch time,sedihhhh makan roti saja,pakat-pakat share la....nak cari halal food susah sini.



Kuih apa ini...macam agar2 kering,dalam ada kacang hitam,,,yasoi...




Ni pulak, lay-out train (JR line) berkenaan

Kena beli tiket disin...pandai-pandai lah baca Nihon, ichi,ni,nana,hon,go'.............tambang ke Osaka Loop line 210Yen sahaja.


Hari ini kami awal2 dah bertolak ke PREX untuk sessi pertama kursus oleh Mr. T. Fujisawa,Kansai Economic Federation (Kankeiren) yang di jalankan di PREX,Osaka ,dekat Osaka Bay. Biasa lah kena naik tren di Ibarakai untuk ke Osaka Ko (Port Osaka).

Tuesday, June 23, 2009

JICA Osaka: Kobe 14 Jun 09


Dimana sahaja, manusia Jepun sangat laju berjalan dan macam tentera semuat keluar sarang.


Pemandangan dari tingkat atas menara Kobe

Menara Kobe





Seterusnya ke Cable Car , Kobe,tiket masuk 1000 yen.

Kelas penggajian Al-quran

Allah maha berkuasa, apabila melihat gambar ini teringat akan masjid Baiturrahaman di Acheh yang tidak terjejas dik sunami. Bagitu juga masjid Kobe ini,ia nya imarah sekali.




Tengah-tengah sedap menjamah roti nan bersama kari, terpandang di dinding kertas putih, Rupa catatan dariDatuk Siti yang pernah berkunjung dan makan di restoran ini.




Meninjau arah Masjid Kobe


Hari minggu ni dah berpakat dengan Tariq,WSan,Nik ..kami ke Kobe.Seawal 8.00 pagi dah naik shuttle ke Stesen Ibaraki, dan terus ke Kobe. Sampai Stesen Sannomiya,Kobe jam lebih kurang 10.30 pagi, mencari-cari arah ke Masjid Kobe, setelah mendapat risalah dari Infomation Center lebih kurang 30 min berjalan kami sampai jua ke Masjid Kobe yang merupakan masjid bersejarah yang dibina oleh pendatang Turki .Dihadapan masjid terdapat Restoran Pakistan, apa lagi Set Roti Nan dengan Kari Ayam menjadi pilihan,harga nya 900 yen jerrr (kali jer ngan 4).

Sunday, June 21, 2009

Management Training at JICA ,Osaka, Kelas Bahasa Jepun


Soda San


Ebisu San


Disamping kami mengikut sesi ceramah dan dialog dari pelbagai Pensyarah dan badan swasta di sini,kami juga ditawarkan untuk menyertai kursus singkat Bahasa Jepun, mulai jam 7.00 malam hingga 8.30 malam pada hari-hari tertentu. Kumpulan kami dipecahkan kepada 2 kelas. Guru (Sensei) dalam bahasa Jepun mengajar kami bergilir-gilir oleh Soda san dan Ebisu san.....suasana kelas menjadi lucu dan ketawa yang tidak dapat dikawal apabila beberapa perkataan dan ayat disebut secara salah oleh orang-orang Malaysia ni,,,,.

Management Training at JICA ,Osaka,Lawatan ke Universal Studio 13Jun 2009




Ride Roller Coaster paling mendebarkan,rasa macam nak tercabut jantung dibuatnya.




Back To The Future ride,wow...walaupun terpaksa berbaris lama tetapi berbaloi dan selepas selesai kepala pening-pening lalat kerana teknik 4d yang digunakan.





Mencuba dunia Jurassic Park,terpaksa berbaris panjang....amat menakjupkan.






Sempat menonton filem promo Shrek 3 yang tayangkan dalam format 4D,wow begitu menakjubkan,di Malaysia belum sampai lagi teknik 4D ini,,,,,,percikan air dan hentakan tempat duduk memang realistik .

Berbaris panjang nak beli tiket



Tiket masuk 5800 yen (RM+-215.00)



Apabila hari minggu sahaja ,peluang diambil untuk jalan-jalan .Sabtu ini kami ke Universal Studio Japan (USJ) ,dah pakat ramai-ramai 19 orang.Dari Ibaraki train stesen kami ke Osaka Loop line, stesen dan tukar ke Yumeshaki Line. Jam 9.00 pagi kami dah naik train, sampai lebih kurang 1 jam 1/2 ke USJ.