Saturday, December 12, 2009

Aduhh lama bonar tak update blog nih,,,bzz erkkk..


Langkawi International Championship 2009
Double under 12,Afiq dan pemain S'pore Vs Double dari Sri Lanka




Kangar, 04 Disember 2009



Dah lama x der berita kot..kali nak citer psal anak yang ke 4 aku ni dah berjinak main tenis.. baru 2 bulan training terus masuk tournment. Kata coachnyer dia cepat impove. Lagi pun aku jadi sparring partner dia masa main tiap2 petang,atleast cepatlah membiasakan diri dengan court & stroke. Bermula dengan Tuanku Syed Putra International Junior Tennis di Kangar,pada 4-9 Disember 2009, sekarang Langkawi Geopark International Jr. Tennis Championship bermula 10-14 Disember 2009.

Friday, September 04, 2009

Ayah kembali kepada Nya

Tanggal 18 Ogos 2009(Selasa) ,jam 12.50 tgh ayah telah kembali ke rahmatullah. Kami sekeluarga bergegas balik dari Langkawi ,nasib sempat menaiki feri jam 2.30 ptg. Kini ayah pergi setelah genap 1 tahun 2 bulan kurang lebih emak pergi.Ayah selamat disemadikan sebelahan pusara emak jam 7.00 malam. Semoga Allah mencucuri roh mereka dan ditempatkan disisi orang yang beriman. Amin

Sunday, July 19, 2009

Disneyland Tokyo 27 Jun 2009





















Kami terpaksa untuk bermalam di Malaysia Student House buat dua malam untuk meneruskan perjalanan ke Disneyland kerana ini tidak termasuk dalam program JICA. Jadi nya kena bayar sendiri , tiket masuk Yen5800(RM214). Terima kasih buat ED (Redha) Kedutaan dan Adi (Msia,Student House) yang membantu dan menumpang tidur 2 malam extend semasa di Student House Tokyo.

Mitsui Tokyo &Jom Makan Tokyo 25 Jun 09

'Batu Keras' Tokyo , Roponggi



Nasi Goreng Kampung Y950(RM35) dan teh tarik Y550 (RM20) ,ini yang aku makan....




Hari ini kami melawat Mitsui Corp. Tokyo, syarikat ini agak 'familiar' di Malaysia. Petang dalam perjalan balik ,di subway kami singgah makan di restoran Jom Makan, restoran ala masakan Malaysia. Semua petugas adalah warga Jepun.

'Courtsey Visit' Ke Kedutaan Malaysia 24 Jun 2009



Kalau di Osaka terkenal dengan DenDen, di Tokyo pula ialah Akihabara ,tempat jualan barangan elektronik terbesar.




(Aku,Wan,Ed (Peg. Kedutaan) dan Nik

Taklimat oleh Pegawai kedutaan

Lawatan ke kedutaan Malaysia amat bermakna, kami di hidangkan dengan Kari Ikan yang sedap serta nasi ala Malaysia oleh kakitangan kedutaan. Sempat juga tour tingkat atas kedutaan, kunjungan hormat Pegawai-pegawai kedutaan. Kapten TLDM dan Pegawai Bhg. Pertanian Malaysia

Bertolak ke Jica Tokyo 23 Jun 2009

Tokyo Tower


Sepanjang perjalanan di dalam Shinkansen







Bertolak dengan menaiki train ke Osaka Shin dan menukar menaiki Shinkansen (Bullet Train) tambang nya 13850 Yen (RM512.00) untuk pergi dan balik ke Tokyo. Sepanjang berada di sini sempat kami merancang perjalananan ke Disneyland Tokyo pada 27 Jun 09.

Day Trip Kyoto-Osaka 21 Jun 2009










Menara WTC Osaka


Osaka Castle

Pemandu Pelancung yg dah berumur 63 tahun

Hari ini kami sepakat booking lawatan sehari ke Osaka dan Kyoto , dengan bayaran seorang 1000 yen (RM37) , kami menaiki bas dari Osic Osaka.