Monday, June 09, 2008

Selamat Pengantin Baru Buat Finaz & Firdaus ,Ros & Shah


Majlis Persandingan Rosmalia dan Shah di Taman Bukit Kayangan,Kangar,Perlis


Majlis persandingan Finas dan Firdaus di Simpang Empat Perlis


Selamat pengantin baru ,semoga kedua mempelai kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Balasungkawa buat Ibu Tercinta


Khamis 5 Jun 2008 , jam 10.00 pagi ibu yang ku kasihi Beriah Bt Ishak (Robeah -Ibu) telah kembali ke Rahmatullah semasa dirawat semalamam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Tiga hari sebelum ibu 'pergi' beliau kelihatan sihat , sudah boleh makan hirisan epal , nasi lemak dan bersembang dengan jiran ,saudara dan kenalan yang menziarah .Disini aku sisipkan sekeping potret terakhir ibu yang ku rakamkan 3 hari sebelum ia pergi. Terlalu besar jasa bakti dan pengorbanan mu dalam membesarkan kami anak-anak mu. Semoga Allah mencucuri roh mu dan ditempatkan bersama orang yang beramal soleh. Amin. Alfatihah.......