Sempena Ironman Langkawi pada 23 Feb 2008 ,peluang aku membuat eksperimen pertama menggunakan DSLR Nikon yang dibeli awal bulan ini. Seawal 7.30 pagi acara pelepasan peserta bermula. Tahun ini lebih 700 peserta mengambil bahagian untuk acara yang lebih dikenali 'The Toughest Show On Earth' ini.
Feb 6, 2008 setalah lama aku survey camera dslr ni,dari kedai ke kedai, dari web ke webpage,akhirnya Nikon D40X yang dibeli. Asalnya aku nak ambik Canon 400D. Member-member blog aku ada yang syorkan Canon dan Nikon, sampai aku jadi pening tak tahu nak pilih yang mana.Tetapi entah macamana penilaian terakhir bertukar kepada Nikon.Ini munkin aku terpengaruh bila aku melawat www.pbase.com . Disini boleh lihat pelbagai jenis kamera,lens dan siap dengan contoh gambar nya sekali. Bila aku buka sample gambar NikonD40X , gambar dia begitu sharp,vivid dan komen visitors menambah dalam aku membuat keputusan.
Keunikan formasi batu-batan di sekitar pantai yang berusia ratusan ribu tahun, antara ciri-ciri Geopark Langkawi. Lapisan gelinciran batu berbeza hasil pergerakan muka bumi dahukala jelas dilihat pada perbezaaan warna nya.
Kepulauan Peranginan Tarutao Thailand tidak jauh dilihat.
Oleh kerana kesibukan yang tak berkesudahan ,sudah lama aku tak kemaskini blog aku ni,,kesempatan ber'picnic' di Pantai Pasir Tengkorak tempohari aku paparkan disini.