Wednesday, December 31, 2008

Keputusan PMR Anis









Selepas bertolak dari kampung, di Padang Sera.Kami ke Alor Setar ke Sek.Men. Sultanah Asma untuk melihat keputusan PMR Anis, sesampai sahaja di dewan kira-kira jam 11.00 pagi, majlis pengumuman sedang berlangsung Pengetua sedang mengumumkan keputusan bagi pelajar-pelajar yang mendapat 8A dan 7A sahaja. Bagai dirancang,sebaik Anis melangkah masuk nama dipanggil dan terus menuju mengambil keputusan. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Nya, keputusan 8A diperolehi. Seramai 130 orang pelajar telah mendapat 8A tahun ini. Aku lihat ada pelajar-pelajar dan ibu-bapa yang mengalir airmata,berpelukan kesyukuran.
Adli & Nazmeen.Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.



Padang Kota

Ini la ,Line Clear nasi kandar yang terkenal di Penang bagi yang minat nasi kandar laaaa...

Penang Road di Kala senja tiba.



Anika jeruk di Market Chowrasta,Penang Road.


Keputusan PMR 2008 Anis dijangka akan diumumkan pada 30 Disember 2008. Kesempatan ini kami sekeluarga ambil cuti untuk ke Pulau Pinang sempena majlis kenduri perkahwinan Nazmeen dan Adli di Dewan Sri Penang pada 2612/08 dan di rumah Adlli pada 2912/08. Keadaan di Penang sesak dengan pelancung tempatan dan luar, kebanyakan hotel sudah penuh beberapa hari sebelum kami datang. Ada yang mengeluh kepada aku , 'bang ini dah kali ke 20 hotel saya cari,semua dah penuh,penat lah' kata seorang hamba Allah yang aku temui semasa singgah disebuah hotel. Akhir nya dapat juga hotel di Penang Road,boleh lah buat melepas letih dan tidur.

Malam nya kami ke Dewan Sri Pinang, Georgetown ke majlis persandingan Adli & Nazmeen.Selepas majlis, pusing-pusing disekitar Padang Kota,Keadaan di Pulau Pinang sesak dengan kenderaan.Balik ke hotel mencari parking amat memeritkan.

Thursday, December 25, 2008

wallpaper pix

Sunset,Langkawi Lagoon Resort

Senduduk di Seven Well Water Fall

Pantai Pasir Tengkorak,Pantai Utara Langkawi

Muara Sungai di Pekan Kuah,Langkawi

Antara gambar pemandangan sekitar Langkawi yang aku ambil bulan ini,Sesiapa berminat bolehlah muat turun.....

Thursday, December 04, 2008

School Holiday November 2008



A Famosa,Melaka

St.Pauls Hill,Bandar Hilir ,Melaka(Malacca)


Santai di Teluk Kemang



Kolam Renang ,Presint 9



Anis ,Brisdale Hotel ,KL

Cuti kali ini kami ke Port Dickson dan Bandar Hilir Melaka .Menginap di Rumah Rehat Persekutuan di Tanjung Tuan yang ditempah sebulan yang lalu. Kebetulan bulan ini juga ada temujanji Along di IJN . Kami juga sempat 'bermukim' di Presint 9 Putrajaya beberapa hari dalam tempoh percutian kali ini.Terima kasih buat Izad dan Suria.

Friday, November 07, 2008

Cameron Highland 24 Oktober 2008






















Sampai jam 6.03 pagi,solat subuh di Masjid Brincang

Lawatan ke Cameron Highland bersama kakitangan pada 23 Oktober hingga 25 Oktober 2008. Kami bertolak dari jeti Kuah ke Kuala Perlis jam 7.00 mlm dan bertolak ke Cameron Highland kira-kira jam 10 malam dengan menaiki bas ILP Jitra. Ahli lawatan seramai 39 orang termasuk ahli keluarga PTK Langkawi.